akhirnya berjaya juga aku menyiapkan kerja dibawah (post sebelum ini bout my fren) setelah berjam-jam masa dibuang begitu sahaja.. terlewat menyiapkannya sbb gangguan daripada kawan2 yg mengajak berchatting.. citer tengah hot..so layan~
uissshhh tetiba je aku terindu saat-saat pergi ke kuliah..walaupun aku adalah muke2 selalu datang lambat.. rindu saat-saat bertungkus-lumus study last minute sebelum exam.. rindu mendengar bebelan lecture yg mengajar didepan.. rindu menjawab exam didalam dewan yg sejuk cam freezer.. bulan 6 ni berakhirnya praktikal.. dan tamatlah pembelajaran aku selama 3 tahun.. apsal masa ni cepat lak jalan.. tp last sem before praktikal sibok nak bia masa cepat berjalan..haha..
bukannya masa leh patah balik pun.. tp tu la kebanyakkan orang minta.."kalaulah leh putar semula masa"..cam roda impian lak nak putar2..haha..err tp perlu ke? mungkin.. untuk tebus kesalahan dulu.. tp kalau kita x buat kesalahan? kita xkan belajar.. setiap yg dilalaui tu kan pengalaman bg diri kita.. "experience is the best teacher".. yup aku sokong.. boleh mengajar kita supaya lebih matang! tp kalau da kesalahan tu dilakukan berkali2..langsung x amik pengajaran.. tu memang leh diketegorikan sebagai BUDUSHHH!
kalau ditanya aku tentang soalan itu? aku.. err..(gagap jap) memang la aku kalau leh nak undur masa tu.. sebab..urmm.. sebab.. byk sgt sbb la.. kalau leh undur masa leh la aku cakap kat daddy 9 tahun dulu yg aku xmo dok semenanjung.. tp kalau sume tu x berlaku.. aku xkan jadi diri aku sekarang..maka siapakah aku nanti?
kalau leh undur masa 6 tahun yg lepas lak.. aku xkan kehilangan seseorang pada hari ini..( miss u jeff).. tp kalau sume tu x berlaku, bagaimana masa depan aku nanti?
kalau leh undur masa 5 tahun yg lepas.. aku tidak akan pernah berharap akan mengenali dia..tidaklah aku terpaksa bersusah payah belajar untuk melupakan dia.. tp kalau sume tu tidak berlaku.. mungkin aku xkan jumpa apa yg aku miliki hari ini..
kalau leh undur masa 2 tahun yg lepas..(speechless) ( biarkan tiada siapa yg dapat meneka) kalau itu xterjadi mungkin masalah lebih rumit lagi akan berlaku..bukan aku gembira perkara itu terjadi..tp kalau itu adalah jalan yg terbaik.. aku terima..
dan pengajaran yg secara tidak langsung aku dapat (bukan aku je,korang pun)..setiap apa yg berlaku tentu ada kemanisan yg Tuhan ingin tunjukkan.. dia Maha Mengetahui.. cuma kadang2 kita tidak sedar.. walaupun pahit yg kita rasai, masih tersembunyi kemanisan disebalik kepahitan itu.. cepat atau lambat kita akan mengetahuinya.. so juz bring ur life forward.. dhadapan kita masih banyak lagi perkara yg menyeronokkan!!weee~
p/s:luv my future..




0 comments:
Post a Comment